Bersua kita lagi di ruangan cyber ini. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.
Pernahkah anda mendengar istilah SAHM? Ia adalah acronym bagi perkataan ‘Stay-At-Home-Mother’, yakni golongan ibu yang memilih untuk tidak keluar bekerja sebaliknya berkorban untuk memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga dan rumahtangga.
Wanita2 ini sebahagiannya bukan sebarangan orang tetapi golongan pintar yang berpendidikan tinggi yang rela untuk tidak berada di mercu kejayaan dalam bidang professional dengan pangkat dan gaji yang tinggi di bilik berhawa dingin milik syarikat2 korporat dan multinasional. Tetapi mereka adalah khalayak yang merasakan sumbangan mereka dalam pembangunan keluarga adalah lebih penting dari pemuasan kerjaya sendiri.
Dengan arti kata lain, mereka ini telah menggunapakai ‘Maslow Hierarchy of Need’s Theory’ yang menekankan susunlapis pemuasan diri ke peringkat maksima.
“Maslow describes the Need’s Theory as the desire to become more and more what one is, to become everything that one is capable of becoming. For example one individual may have the strong desire to become an ideal parent....”
Masyarakat perlu memberi sokongan padu kepada golongan wanita seperti ini kerana apa yang mereka korbankan itu insyaAllah adalah sepadan dengan hasil yang bakal mereka perolehi. Tinjauan rambang mendapati kebanyakan anak2 yang runtuh akhlaqnya adalah dari latarbelakang ibubapa yang sibuk dan tiada masa terhadap anak2. Tugas pendidikan akademik dan syahsiah diserahkan seluruhnya pada guru di sekolah. Urusan makan pakai anak2 diambil alih oleh bibik sementara masa senggang mereka diisi dengan aktiviti2 yang tiada nilai tambah.Ini amat berbeda jika anak2 di bawah asuhan ibu2 suri rumah atau ibu2 bekerjaya dari rumah di mana mereka mendapat pantauan secara langsung. Tambahan lagi dengan pendidikan ibu dapat menyalurkan ilmu kepada anak2 bertambah barakah lagi kehidupan sekeluarga. Pastinya ibu yang mengajar sendiri anak2 mereka akan mempastikan anak itu berjaya. Malahan ada ibu2 yang sanggup belajar untuk mengajar. Tiada balasan yang diharapkan selain do’a dari anak yang soleh agar menjadi bekal di barzah nanti.
Semoga anak yang lahir dari didikan sempurna ibubapa mampu berdo’a...
"Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku kepada roh kedua ibubapaku. Ya Allah, ampunilah dosanya, kasihani dan selamatkanlah dia dan maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikannya, hapuskanlah kesalahannya dengan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih".




